Assalamualaikum..
Okey, sy nak bagi tahu pasal benda-benda yg sy post kat blog sy ne adalah hasil pembacaan sy daripada buku-buku dan blog-blog orang lain juga..Actually sy post apa yg sy paham je la~ Tapi certain karya sy sendiri..Okey just straight to the point,hari ini insyaallah sy bawa satu tajuk iaitu
"AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG".. So nak tanye...apa yg korang paham pasal tajuk ni?? Perubahan?? Hijrah?? Yes,,betul tue tajuk yg sy akan bicarakan pada kali ini ialah mengenai "PENGHIJRAHAN"..
Baiklah,kita sendiri dah belajar kan sejak di bangku sekolah lagi mengenai PENGHIJRAHAN..??
Ayuh kita sama-sama menerokai penghijrahan Rasullullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..Tapi sebelum kita membicarakan topik kita pada kali in,molek lagi kalau kita mengetahui maskud Hijrah itu sendiri..Hijrah dari segi bahasa bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.Dari istilah pula Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari kota mekah ke madinah pada 6 rabiulawal 622 masihi.. dalam pada itu,hijrah juga dapat kita takrifkan sebagai perubahan daripada yang negatif kepada positif..Contohnya malas kepada rajin. Islam menganjurkan umatnya supaya melaksanakan konsep hijrah dalam semua aspek kehidupan kerana dengan cara tersebut barulah kejayaan umat islam akan tercapai setanding dengan umat yang lain..
Sebenarnya ini adalah catatan kedua yang saya buat..yang first tadi tak dapat save sebab ada masalah teknikal..ceh~~ Tapi tak ape,sy sanggup taip balik demi saudara-saudara semua..Okey just straight to the point..
Actually,saya bukanlah seorang gadis yang bertudung labuh walaupun saya sekolah kat sekolah agama..Honestly,saya seorang yang sangat gemar k-pop,anime dan segala-galanya pasal korea..Kalau kat sekolah memanglah saya guna tudung labuh,tapi kalau kat luar memang tak arh..Tapi itu saya yang DULU...SEKARANG dah lain dah..Alhamdulillah :) Bila cerita pasal PENGHIJRAHAN saya sendiri memang banyak pengalaman yang memang saya tak boleh lupakan..First saya guna tudung labuh memang panaslah,tapi tak adelah panas sangat..but second time saya guna alhamdulillah saya rasa lebih tenang dan selesa :)
Kalau kita nampak masa sekarang memang ramai wanita menggunakan tudung tapi tak menutup aurat..pelik tak?? Pakai tudung tapi tak tutup aurat?? maksud saya kat sini,ialah mereka memakai tudung tapi menampakkan bentuk dada itu sendiri.. zaman sekarang ne dah makin moden,,so tudung yang dikeluarkan pun over moden.. -_- .. Ada yang memakai tudung tapi menampakkan tengkuk dan leher..baik tak pakai tudung sekali kan?? Lagipun siapa nak tengok leher korang?? Syaitan dan orang yg tak tundukkan pandangan je yg suka tengok..ingatlah wahai muslimah kita ne kalau keluar dari rumah pun dikira aurat,dan syaitan akan mendongak kepada sesiapa yang bertabarruj..ingat tue .Kita ni kalau nak berfesyen tak salah,tapi kena la mengikt syariat yang di tetapkan.. Bila kita cakap pasal LABUH,,apa yang ada dalam kotak fikiran wanita islam pada masa kini ialah LABUH itu merimaskan??panas???over besar?? Sebenarnya tidak begitu,labuh yang dikatakan sebenarnya ialah tudung yang dipakai itu melebehi dada dan siku..Bukannya suru korang pakai telekung!! Tapi kalau nak guna tudung yang labuh sangat macam tudung yang biasa saya guna iaitu bidang 60 lagi bagus!! :)
Zaman sekarang ne banyak sangat tudung yangg digunakan tidak menepati syariat..apa yang penting bagi mereka ialah tutup rambut jer..Ada yang pakai tudung di lilit-lilit sampai saya nampak macam helmet dah..Bagi saya,saya syorkan anda pakai je sekali helmet tue.. (kesal) Tapi please la,wahai muslimah..bila korang pakai sesuatu tudung korang kena engat ayat ne:
"DAN KATAKANLAH KEPADA WANITA-WANITA AGAR MEREKA MENUNDUKKAN PANDANGAN DAN MENJAGA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA( aurat) KECUALI YANG TERBIASA TERLIHAT. DAN HENDAKLAH MEREKA MELABUHKAN JILBABNYA HINGGA MENUTUPI DADA"
-QS An-nur ayat 31-
actually ayat ne panjang sangat tapi saya ambil bahagian yang ada kaitan dengan apa yang saya bicarakan pada kali ini..So kalau korang nak buat rujukan,buka page 350 kat al-quran korang..
Okey,baiklah..tapi ada sesetengah orang dia tunggu hidayah untuk sampai ke dirinya..Perhatikan ayat di bawah:
"Hidayah tak sampai lagi untuk aku tutup aurat,aku nak tunggu sampai aku betul-betul bersedia pakai tudung" Sedarlah!! inilah kata-kata manusia yang tidak tahu erti syukur..Hebatnya kita dari Allah?? Siapa yang cipta siapa sekarang?? Allah tidak perlukan kita,sebaliknya kita yang perlukan dia.
"Tidaklah kami yang meminta rezeki kepadamu,bahkan kami yang memberikan rezeki kepada kamu"
-QS taha,20;132-
Jika kita nak dapat hidayah kita mesti berusaha bersungguh-sungguh seperti kita mencari rezeki..katakanlah korang tengah lapar dan teringin sangat nak makan pizza..Tak kan kita duduk terperuk je dekat rumah menuggu Pizza turun dari langit?? Semestinya kita harus mencari akal..Jadi anda paham?? Hidayah itu ialah petunjuk allah ke arah kebenaran,dan ia tidak datang bergolek..sebaliknya kita yang harus mencarinya sendiri..
Dalam kita berusaha untuk istiqomah dalam berhijrah ne memang banyak sangat cubaan yang Allah bagi..Sebagai contoh,saya ambil kisah semasa saya dan rakan sekelas membuat kajian pt3 geografi.. well u know kajian pt3 geo kali ini memang memenatkan..sampai ada satu masa..semasa saya dan rakan sekelas berjalan menuju library ada sekumpulan budak lelaki entah dari mana datangnya berada di belakang kami..Kami fikir dorang nak pergi library juga..tapi apa yang kami fikir adalah sangat tidak tepat..yang ada sepanjang perjalanan mereka mengutuk kami "DORANG NE PAKAI TUDUNG LABUH TIDAK PANASKAH??SUDAHLAH BESAR?? masa tue memang saya dan kawan-kawan hanya mampu bersabar je,,ialah kalau orang yang pakai niqab or tudung labuh.memang lain dorang nampak..macam tak pernah nampak orang?? Sampai seorang akhwat ne,menagis.then ukhti wahidah bagi teguran kat kita "sudahlah tu,mungkin ini ujian daripada allah sebab allah sayang kita,sabar sejak la kita" Masa tu,saya sangat wow..sebab macam ada new spirit..ceh~~ Tiba sahaja kami di library,langkah kami tersentak kerana ramai mata-mata yang memandang kami. Dalam hati,dorang ne x pernah nampak orang ka?? langkah kami diteruskan apabila seorang ukhti ne cakap " masuk sejak la,bukannya dorang makan orang"..wow yakin nampak..tapi alhamdulillah akhirnya kami dapat masuk juga ke library untuk membuat rujukan ..Tak de juga security halau kami keluar.hehehe :)
Itu cabaran saya semasa dengan kawan-kawan..Belum cerita lagi time dengan family.. Kejadian ini berlaku semasa hari raya aidilfitri ..peh ayat formal tue..hehe Well u know hari raya semua family datang rumah..So time tue,saya berborak dengan sepupu sya dia cakap susah nak guna tudung labuh ne,banyak nak urus sebab besar sangat..Then tak nampak cantiklah??apalah??Saya cakap dalam hati,kita nak cantik depan mata manusia atau pandangan Allah?? sya x nak ckap time tue,sebab takut dia malu pulak..
Lagi satu nak carik tudung labuh kat tempat saya agak susah,,sebab semporna ne pekan je..tapi untunglah,disebabkan sy budak hostel..so saya dapat beli daripada ustazah yang asal kelantan..Alhamdulillah cantik-cantik semuanya..Tapi sekarang okey dah,sebab makin banyak pengusaha tudung labuh..so senang sikit kerja nak cari tudung ne..hehe :) syukur. Alhamdulillah sehingga kini saya masih lagi bertudung labuh..harap dapat terus istiqomah..Syukran jazilan kepada sahabat-sahabat saya wahidah,khairunisa, hafizah ,nik dan semua la yang namanya sahabat dan yang mene=genali diri ini..Uhibbukum kifillah abadan abada..InsyaAllah :)
Sedikit nasihat daripada saya sebelum mengakhiri post kali ini..saya nak cakap perjuangan kita dalam berhijrah ni seperti kita mengupas bawang..untuk dapatkan isinya kita terpaksa mengalirkan air mata.Tapi yakinlah yang Allah s.w.t akan menggantikannya dengan syurga..InsyaAllah :)
semoga kalian terus istiqomah..:) Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan