Apa itu valentine? Valentine ialah nama yang diambil sempena nama seorang paderi iaitu Saint Valentino.Pada 14 FEBRUARI 270M,ST.Valentine dihukum bunuh kerana bergaduh dengan penguasa Romawi iaitu Raja Claudius ii (268-270) ST Valentine dianggap sebagai simbol ketabahan serta keberanian. 0leh sebab itu,pengikut-pengikut paderi ini megadakan satu upacara keagamaan mereka untuk mengingatinya..
Namun sejak abad ke 16M, upacara keagamaan tersebut mulai berubah kpd pesta berkasih-sayang..Hari valentine ialah pesta kasih-sayang bangsa Romawi Kuno yg disebut sebagai "supercalis" iaitu jatuh pada 15 Februari.Setelah ramai orang Romawi menganut kristian,pesta supercialis bertukar pada hari kasih-sayang kerana kepercayaan orang Eropah mengatakan bahawa hari kematian Valentine itu ialah hari untuk berkasih-sayang kerana waktu kasih-sayang itu mulai bersemi pada 14 Februari. Tapi kalau kita lihat pada hari ini,kita dapat simpulkan bahawa Valentine merupakan kepercayaan yang boleh merosakkan akidah orang islam.Ini ialah muslihatorang barat yang hanya bertopengkan percintaan..
Aspek sosial Menurut penulis beragama Kristian,Hari valentine sudah dianggap "pesta seks''. Di Britain,hari valentine ini dianggap sebagai importance day,yang menujukkan aktiviti seks berlaku secara berleluasa .Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukanlah suatu perkara yang baik bagi mencerminkan imej islam..Hal ini kerana,kita disarankan berkhawin untuk mengelakkan zina dan perbuatan maksiat..
Firman Allah s.w.t
"Orang yahudi dan nasrani tidak akan senang sehingga kamu mengikuti agama mereka"
~Surah al-Baqarah~ 2:120
Berpandukan ayat Quran di atas kita dapat mengetahui bahawa Hari Valentine hanayalah suatu agenda Kristian untuk memusnahkan islam?? Adakah kita sanggup melihat agama kita tertindas?? Bangunlah wahai muslimin sekalian..ayuh bersama-sama kita kembangkan kembali syiar islam!!!! Takbir!!!
Valentine adalah cara untuk menunjukkan rasa cinta dan syang.Sayangnya,tidak ramai yang mahu memahami apa hari kebesaran Islam sebagai jalan untuk berkasih sayang seperti Hari Raya aidilfitri dan AidilAdha.mengapa kita sebagai orang Islam tidak meraikan hari untuk berkasih-sayang??Mengapa kita meraikan hari Valentine yang bukan perayaan untuk orang Islam..
Hujah HARAM meraikan Valentine
Dalil 1: Surah al-Isra' ayat 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan dipertanggungjawabkan."
Dalil 2:Hadis riwayat Abu Daud
'' sesiapa yang meniru sesuatu kaum,maka dia termasuk dalam kaum itu"
Dalil 3: Surah ali-imran ayat 85
"Sesiapa yag mencari agama lain selain agama islam,maka sekali-kali tidak diterima agama itu daripadanya,dan dia di akhirat dia termasuk orang yang rugi.
Persoalan mengenai mengkhususkan hari bagi berkasih-sayang tidak perlu kerana kasih-sayang itu bukan dibatasi oleh satu hari,satu minggu mahupun satu tahun tetapi berlaku sepanjang masa.Persoalan cinta dan kasih-sayang dalam islam sangat universal dan menyeluruh..Cinta dan kasih sayang juga perlu diberikan kepada Allah,Rasulullah,Ibu Bapa,dan diri sendiri..Cinta terhadap Allah s.w.t cinta yang teragung kerana melaluinya akan lahirlah cinta sesama umat islam..Semoga Allah s.w.t memberikan hidayah-nya kepada kita semua agar dapat istiqamah dengan islam..
~Nor Asfarina Erny~


Tiada ulasan:
Catat Ulasan